Doa Niat Zakat Fitrah dan Do’a Menerima Zakat
Niat
Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri
نَوَيْتُ اَنْ اَخْرَجَ زَكَاةَ
الفِطْرِ عَنْ نَفْسِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالىَ
Niat
Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri & Keluarga
نَوَيْتُ اَنْ اَخْرَجَ زَكَاةُ
الفِطْرِ عَنِّى وَعَنْ جَمِيْعِ مَنْ يَلءزَمُنِيْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا
ِللهِ تَعَالَى
“Aku berniat menunaikan zakat
fitrah utk diriku & utk semua orang yg nafkahnya menjadi tanggunganku
menurut syariat agama sesuatu kewajiban karena Allah Ta’ala
Do’a
Menerima Zakat
ءَاجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَ اللهُ لَكَ طَهُوْرًا
“Semoga Allah melimpahkan
ganjaran pahala terhadap harta yg telah Engkau berikan & semoga Allah
memberkahi harta yg masih tersisa padamu, serta semoga Allah menjadikan dirimu
suci bersih”
Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh
Malaysia telah sedia maklum di sini dan ramai juga yang ingin mengetahui bagaimanakah
caranya pula Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah.
Zakat
fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah سبحانه
وتعالى bagi setiap individu Muslim tanpa mengira sama ada kecil,
dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun hamba. Selagi mana mereka berkesempatan
hidup di dua masa iaitu pada bulan Ramadhan dan Syawal walaupun sebentar, maka
wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.
.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah ﷺ memerintahkan untuk mengeluarkan
zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya
daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).”
(Riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)
.
.
NIAT MEMBAYAR DAN MENERIMA ZAKAT FITRAH
.
1. NIAT ZAKAT FITRAH DIRI SENDIRI
.
a) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :
.
“INI ZAKAT
FITRAH SEBANYAK RM ………… YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH
TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA
ZAKAT SEBANYAK RM ………………… YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH
TA’ALA.”
.
.
.
2. NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA
.
b) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Dan
Keluarga
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :
.
“INI ZAKAT FITRAH
SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG, SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB
BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA
ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG SEBANYAK RM ……………….. YANG
WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
.
3. NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL
.
c) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Orang Lain
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat/Wakil :
.
“INI ZAKAT
FITRAH ………….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …………….
ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………… YANG
BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA
ZAKAT ….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG
YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………. YANG TELAH
BERWAKIL KEPADA TUAN KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Ucapan Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah
.
.
.
Panduan Pembayar
.
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
.
.
5 Waktu Berzakat
5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:- Waktu Wajib :
Bermula terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga
terbit matahari esoknya (1 Syawal).
- Waktu Paling Afdhal :
- Waktu Sunat :
Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh :
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam
matahari pada 1 Syawal.
- Waktu Haram :
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya
berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dan ia
dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
.
Dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini,
lengkapkanlah juga puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini
kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam
menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ telah
mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan
yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan
makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
Di samping kita berpuasa Ramadhan, marilah kita
sama-sama memperkuatkan mental, fizikal dan spiritual dengan penerapan
iman agar madrasah Ramadhan dilalui dengan cemerlang, sehingga menatijahkan
darjat ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:- Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia (Klik Di Sini)
- Doa Ketika Berzakat (Klik Di Sini)
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar